Produk durian dapat permintaan tinggi di China, Singapura

- Advertisement -

Oleh ZULKEFLI HUSSIN

MACHANG:
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan memperuntukkan sejumlah RM375,00 untuk mengelakkan kejatuhan harga durian di pasaran tempatan sekarang.

Pengarah FAMA Kelantan, Wan Nora Wan Ahmad berkata, pihaknya membeli dan memproses antara 100 hingga 150 metrik tan durian kampung.

Katanya, sehingga semalam FAMA membeli lebih 70 metrik tan dengan nilai belian RM75,000 dengan purata harga RM2.50 sekilogram berbanding RM2 harga belian yang pernah ditawarkan di peringkat ladang.

- Advertisement -

“Harga berkenaan dapat membantu 600 pemilik kebun durian di Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Pasir Puteh,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pemprosesan Durian di Pejabat FAMA di sini, hari ini.

Kelantan merupakan pengeluar durian kampung terbesar di negara ini, namun harganya pada musim ini jatuh merundum disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PKP akibat penularan Covid-19 menyukarkan peraih untuk memasarkan durian kampung ke negeri-negeri lain terutama di Pantai Barat.

Wan Nora juga berkata, pihaknya melantik agen-agen daripada kalangan pemilik kebun di empat jajahan terbabit bagi memudahkan mereka memasarkan terus kepada FAMA tanpa melalui orang tengah.

Selain itu katanya, bagi memastikan kelancaran aktiviti pemasaran semasa tempoh PKP sekarang.

“FAMA telah mewujudkan bilik gerakan yang beroperasi jam 8 pagi hingga 7 malam bagi membantu petani menghadapi masalah memasarkan durian,” katanya.

Pekebun durian juga booleh melayari portal FAMA feedback System atau menghubungi talian hotline FAMA di 019 747 6754.

“Durian yang dibeli itu diproses di pusat pemprosesan buah-buahan sejuk beku di Machang yang mendapat Pengintirafan Pensijilan (GMP) untuk mengeluarkan tiga produk iaitu pes (isi durian), tempoyak dan pulp (ulas),” katanya.

Menurutnya produk-produk berkenaan mendapat permintaan tinggi terutama pengusaha makanan untuk dijadikan pelbagai perecah makanan ringan yang melazatkan termasuk aiskrim durian dan kek.

Katanya produk-produk itu turut mendapat permintaan tinggi dari luar negara terutamanya China dan Singapura. – HARAKAHDAILY 4/8/2021

- Advertisement -