Olimpik: Azreen Nabila mara ke pusingan pertama

KUALA LUMPUR: Atlet pecut muda wanita negara, Azreen Nabila Alias berjaya menduduki tempat kedua dalam pusingan awal acara 100 meter wanita dengan catatan masa 11.77 saat, pagi ini.

Catatan masa atlet kelahiran Terengganu itu sekali gus memperbaharui catatan peribadi terbaik 11.92 saat.

Advertisement

Memetik laporan laman web olympics.com tempat pertama pada saringan kedua itu ialah Farzaneh Fasihi dari Iran dengan catatan 11.76 saat dan tempat ketiga Mudhawi Alshammari dari Kuwait dengan catatan 11.82 saat.

Pusingan pertama akan berlangsung pada 11.55 pagi ini waktu Malaysia. – HARAKAHDAILY 30/7/2021