Persidangan DUN Kelantan bermula 23 Ogos secara bersemuka

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang akan diadakan pada 23 hingga 25 Ogos depan.

Speaker DUN Dato’ Abdullah Ya’kub berkata, peridangan DUN itu akan berlangsung secara bersemuka akan dimulakan ucapan perasmian oleh Sultan Muhammad V, di mana teksnya akan dibaca Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

- Advertisement -

Katanya, disebabkan suasana pandemik Covid-19 Sultan Kelantan tidak berangkat merasmikan persidangan tersebut.

“Persidangan dalam tempoh selama tiga hari itu turut membabitkan pembentangan dan perbahasan dua Rang Undang-undang.

“Berkenaan Rang Undang-undang apa itu saya tidak boleh beritahu lagi, nanti bila sudah lulus baru boleh sebut,” katanya ketika dihubungi pemberita di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Terdahulu, surat pemakluman mengenai persidangan DUN tersebut sudah dihantar kepada kesemua 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

DUN Kelantan mempunyai tujuh Adun mewakili Barisan Nasional dan seorang (Bersatu).

Manakala selebihnya 37 lagi Adun mewakili PAS. Bagaimanapun Adun Melor Dr Md Yusnan Yusof meninggal dunia pada 29 April lepas. – HARAKAHDAILY 28/7/2021

- Advertisement -