Penjelasan KJ agihan dos mengikut negeri

Foto hiasan.
- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jumlah agihan vaksin kepada negeri-negeri mengambil kira jumlah vaksin yang dihantar pembekal, jumlah populasi setiap negeri dan nilai ambang di bawah Pelan Pemulihan Negara, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurutnya, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan cuba memastikan keseimbangan agihan vaksin kepada negeri-negeri agar setiap negeri dapat beralih daripada satu fasa kepada satu fasa berikut dalam tempoh masa yang tidak jauh besa dari negeri dengan negeri lain.

“Berdasarkan jumlah vaksin yang telah di terima ini, pengagihan kepada negeri-negeri telah dan sedang dibuat.

“Pecahan jumlah agihan dos vaksin kepada negeri-negeri sejak PICK bermula 31 Julai adalah seperti berikut.

“Lembah Klang, meliputi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya, sebanyak 9.09 juta dos, Sarawak (3.645 juta dos), Johor (2.056 juta dos), Sabah (1.856 juta dos), Perak (1.437 juta dos), Pulau Pinang (1.255 juta dos).

“Kedah (1.113 juta dos), Negeri Sembilan (1.024 juta dos) Pahang (948,000 dos), Kelantan (914,800 dos), Terengganu (795,700), Melaka (623,000 dos), Labuan (236,100 dos) dan Perlis (218,500),” ujarnya ketika memberi penerangan di Sidang Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, terdapat juga negeri yang memohon supaya dipercepatkan penghantaran dos vaksin.

Bagaimanapun, beliau telah menyatakan pada Ogos, kerajaan akan membenarkan negeri-negeri yang berkemungkinan terlewat untuk catchup kepada negeri-negeri yang berada di hadapan untuk pemberian vaksin.

“Walau bagaimanapun dalam keadaan keadaan tertentu seperti contohnya jika fasa kawalan wabak perlu diaktifkan di sesatu kawasan.

“CITF perlu membuat jumlah agihan vaksin yang telah dijadualkan bagi membolehkan kawasan wabak dapat melaksanakan vaksin kepada populasi di kawasan tersebut dalam kadar segera,” jelasnya.

Sehingga 26 Julai, jumlah vaksin yang diterima dari pembekal menerusi perolehan kerajaan adalah sebanyak 23.88 juta dos.

Daripada jumlah itu sebanyak 1,085,790 dos telah diterima pads suku pertama, manakala 8,906,530 dos tekah di hantar pada suku kedua dan bakinya adalah jumlah vaksin yang diterima pada Julai ini.

Selain dari bekalan vaksin perlohan kerajaan, Malaysia juga telah menerima sumbangan vaksin dari tiga buah negara iaitu Jepun, Amerika Syarikat, dan China.

Ia menjadikan jumlah vaksin yang diterima Malaysia setakat ini menerusi perlohan kerajaan dan sumbangan daripada negara luar berjumlah 26.38 juta dos. – HARAKAHDAILY 28/7/2021

- Advertisement -