Bantu golongan B40 agenda utama kerajaan PN

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

ARAU:
Keprihatinan kepada rakyat terutamanya golongan B40 menjadi agenda utama Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak dahulu sehingga sekarang.

Penyelaras PN Arau, Ruselle Eizan berkata, kerajaan PN tetap komited menunaikan janji kepada rakyat menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Katanya, bakul makanan yang diedar bersesuaian dengan tiga fokus utama kerajaan iaitu prihatin rakyat, menyokong perniagaan dan meningkat vaksinasi dalam kalangan rakyat.

- Advertisement -

“Kita sentiasa menjadi mata telinga kepada kerajaan dalam menyampaikan bakul makanan supaya ia sampai kepada golongan sasaran.

“Kita akan pastikan tiada yang terlepas daripada mendapat manfaat pakej tersebut,” katanya di sini.

Baru-baru ini diadakan majlis penyampaian bakul makanan di Markas PAS Semut Gatal dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Turut hadir Adun Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim dan pemimpin PAS dan Bersatu Arau.

Manakala di kawasan Parlimen Kangar turut diadakan pengagihan bakul makanan di Dun Indera Kayangan, Bintong, Sena, Kayang dan Kuala Perlis.

Penyerahan bakul makanan disempurunakan Ketua Pemuda PN Kangar, Dr Abu Harith bersama Naib Ketua Pemuda PN Mohd Hafis Yahaya.

Wanita PN Kangar juga turut menyampaikan bakul makanan kepada 100 penerima pada Sabtu lepas. Hadir sama pada program itu Ketua Wanita PN Kangar Norhasmayati Che Me dan Naib Ketuanya Normi Aziz. – HARAKAHDAILY 27/7/2021

- Advertisement -