ADUN Kubu Gajah santuni asnaf menjelang Aidil Adha

- Advertisement -

LARUT: Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah telah menggerakkan usaha pemberian 505 bakul dan kotak makanan kepada penduduk tersenarai sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba.

- Advertisement -

Bantuan diberi ini dalam meringankan beban kehidupan ditanggung mereka yang merupakan kalangan asnaf serta menggembirakan dalam menyambut kehadiran perayaan tersebut.

ADUN Kubu Gajah, Ustaz Mohd Khalil Yahya berkata, penyerahan sumbangan tersebut bukan sahaja penting, malah pihaknya mensasarkan lebih ramai penerima dapat diberikan bantuan tersebut.

Katanya, semua penerima merupakan asnaf yang sentiasa berada dalam pantauan pihak Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah dari maklumat disalurkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Dalam ziarah menyerahkan sumbangan itu, Ustaz Khalil juga turut mempromosi dan memberi penerangan mengenai kempen vaksinasi COVID-19 kepada warga penduduk ditemui beliau.

Ketika sama, beliau turut menemui individu penduduk dari empat keluarga yang masih belum memiliki kad pengenalan dan telah bertindak mendapatkan bantuan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri dan Daerah.

Turut serta dalam ziarah beliau itu adalah Penghulu Mukim Ijok, Abdullah Che Hamad dan wakil JPKK Sungai Jernih, Abdul Hamid Badarudin. – HARAKAHDAILY 17/7/2021

- Advertisement -