Pemuda PAS Mersing pergiat aktiviti kebajikan PKP 3.0

- Advertisement -

Oleh LUQMAN MD NASIR

- Advertisement -

MERSING: Jawatankuasa Khas Program Kebajikan Pemuda PAS Mersing mempergiatkan aktiviti kebajikan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 secara penuh di Malaysia sejak Mei tahun ini.

Menurut Ketua Pemuda PAS Mersing, Hafizzuddin Roslan, usaha itu dilaksanakan sebagai inisiatif daripada pihaknya supaya tidak ketinggalan dalam membantu menyelesaikan isu kebajikan rakyat di sekitar Parlimen Mersing.

“Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Mersing baru-baru ini telah bermesyuarat dengan agenda khasnya adalah menubuh dan menyusun pergerakan jawatankuasa tersebut.

“Misi kebajikan itu dirangka secara berjadual meliputi beberapa sektor dan zon tumpuan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Program Kebajikan Pemuda PAS Mersing Fasa PKP 3.0, Ali Dzulfakar berkata, beberapa aktiviti penyerahan sumbangan telah diadakan di sekitar zon Endau.

Katanya, penyerahan tersebut melibatkan sasaran dari kalangan pengusaha bot pelancongan, penduduk kampung, muallaf serta mereka yang ditimpa musibah seperti kemalangan.

Aktiviti penyerahan sumbangan turut dihadiri Yang Di-Pertua PAS Mersing, Roslan Nikmat, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Endau, Alwiyah Talib bersama jentera Pemuda PAS Kawasan Mersing.

Sebelum ini, Pemuda PAS Mersing juga giat menjalankan aktiviti kebajikan di sekitar Parlimen itu, seperti agihan sumbangan Aidil Fitri dan sebagainya. – HARAKAHDAILY 13/7/2021

- Advertisement -