PAS ucap takziah kepada keluarga Kumutha

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS dengan penuh dukacita merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang Cik Kumutha a/p Raman yang telah meninggal dunia di ICU Hospital Putrajaya, hari ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, mendiang yang merupakan Pegawai Khas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga terlibat aktif sebagai Ketua Wanita Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).

- Advertisement -

“Semasa hayat mendiang menjadi insan yang banyak berjasa kepada PAS terutamanya dalam menyampaikan mesej perpaduan antara kaum,” ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.

Sebelum ini, katanya mendiang pernah bertanding di DUN Johor Jaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan di DUN Tiram pada PRU12 dan PRU13.

Beliau berkata, sesungguhnya pemergian mendiang adalah satu kehilangan yang besar buat negara terutamanya bagi PAS sendiri.

“Diharapkan semoga seluruh keluarga dan kenalan mendiang tetap tabah dan sabar dengan kehilangan ini,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 13/7/2021

- Advertisement -