Ketua Wanita DHPP meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat (DHPP) Kumutha a/p Raman, 42, meninggal dunia selepas lebih seminggu bertarung nyawa dengan virus Covid-19.

Beliau menerima rawatan sebagai pesakit Covid-19 di Hospital Putrajaya pada 30 Jun lalu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

- Advertisement -

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan berharap dimudahkan urusan serta diberikan kesabaran.

Kumutha Raman adalah pegawai khas di pejabat Siti Zailah.

“Mendiang merupakan seorang yang sangat baik hati dan suka menolong mereka yang memerlukan, mendiang juga mengurus dan menyelesaikan aduan-aduan masyarakat dalam kesusahan di pejabat kami.

“Pemergian mendiang adalah satu kehilangan yang sangat berharga buat kami,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, petang ini. – HARAKAHDAILY 13/7/2021

- Advertisement -