Covid: 11,079 kes baharu, tertinggi pernah dicatatkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kes baharu harian Covid-19 mencatatkan 11,079 kes, yang tertinggi dicatatkan sejak Malaysia dilanda wabak itu.

Sebelum ini, catatan tertinggi kes baharu harian Covid-19 yang direkodkan adalah 9,353 kes pada 10 Julai lepas.

- Advertisement -

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 5,263 kes diikuti Kuala Lumpur (1,521); Negeri Sembilan (1,033); Kedah (497); Sarawak (472); Johor (406) dan Perak (329).

Selain itu, Melaka mencatatkan 323 kes; Pahang (321); Sabah (239); Pulau Pinang (234); Kelantan (211); Terengganu (93); Putrajaya (77) dan Labuan (60), sementara tiada kes baharu Covid-19 di Perlis. – BERNAMA

- Advertisement -