Khidmat Malaysia hargai keringat petugas di SJR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: NGO Khidmat Malaysia menghargai keringat dan tugas petugas barisan hadapan yang terpaksa berpanas dan berhujan di sekatan-sekatan jalan raya (SJR) bagi membendung penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Khidmat Malaysia Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihaknya menyediakan sekurang-kurangnya roti dan air minuman dalam kenderaan untuk dihulur kepada mereka.

“Lebih baik jika dapat sediakan nasi lemak, mee goreng atau makanan panas untuk mereka yang bertugas.

- Advertisement -

“Tidak lupa juga boleh sumbangkan facemask atau sarung tangan getah kerana ia juga diperlukan oleh mereka ketika bertugas,” katanya pada catatan di laman sosialnya hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Operasi Sekretariat Tabung Bencana Covid PAS Pusat berkata, usaha itu perlu digemblingkan bagi meraikan mereka yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Mereka jangan dilupakan walaupun mungkin misi kita untuk menyantuni penduduk yang terkesan dengan bencana Covid-19 yang berada di pusat vaksinasi, hospital atau pusat kuarantin,” ujarnya.

Menurutnya Khidmat Malaysia juga menghantar empat tan beras ke Temerloh, Pahang melalui Sekretariat Tabung Bencana PAS Pahang.

Kata beliau bantuan itu diterima pengerusi sektretariat terbabit Rohaya Ishak.

Katanya Rohaya yang Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pahang membawa kereta dari jauh untuk membantu penduduk yang terjejas di Pahang.

“Rohaya turut maklumkan penduduk di Rompin menghadapi masalah bekalan air. Khidmat Malaysia setuju menyumbang 200 kotak air mineral,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 12/7/2021

- Advertisement -