NGO, Pejabat Adun jaya program Food Bank Covid-19

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH

ARAU:
Pertubuhan Komuniti dan Kebajikan Arau (PeKA) menjalin kerjasama dengan Jentera Pilihan Raya Dun (JPRD) Tambun Tulang bagi menjayakan program Food Bank Bantuan Covid-19.

Pengerusinya Noramrul Amri Chan, 39 berkata, program tersebut diadakan di Kampung Banat semalam bagi membantu penduduk yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.

- Advertisement -

Katanya PeKA menyediakan stok bahan makanan yang disumbang pelbagai pihak untuk diagih kepada penduduk yang terkesan dengan penularan wabak sekarang.

“Hasil sumbangan daripada orang ramai melalui PeKA, maka kami agihkan semula kepada penerima-penerima yang dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

PeKA merupakan antara Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menggerakkan aktiviti berkaitan kebajikan masyarakat.

PeKA ditubuh pada 14 Jun 2019 dan didaftarkan bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Noramrul berkata, PeKA ditubuhkan atas tujuan membantu dan menjaga kebajikan khasnya penduduk di kawasan Arau.

“Selain melakukan aktiviti secara bersendiri, kita juga menjalin kerjasama dengan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun (PKWR) dan beberapa NGO kebajikan yang lain,” ujarnya.

Beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PeKA dan JPRD Tambun Tulang yang turut turun padang menjayakan program berkenaan. – HARAKAHDAILY 12/7/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!