Covid-19: Kes baharu di bawah angka 9,000

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas tiga hari berturut-turut kes baharu harian Covid-19 mencatatkan angka melebihi 9,000, hari ini kes baharu menurun kepada 8,574 menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 844,870.

- Advertisement -

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 4,308 kes diikuti Negeri Sembilan (794); Kuala Lumpur (609); Kedah (415); Melaka (411) dan Johor (407).

Selain itu, Pahang mencatatkan 314 kes; Sabah (298); Sarawak (235), Pulau Pinang (231); Perak (168); Terengganu (140); Kelantan (133); Labuan (66) dan Putrajaya (45).

Tiada kes baharu Covid-19 di Perlis. – BERNAMA

- Advertisement -