Dana PEMULIH diagih melalui Adun di Tumpat

- Advertisement -

SALMAH MAT HUSAIN | Foto RIZAL TAHIR

TUMPAT:
Setiap Adun di kawasan parlimen Tumpat mendapat peruntukan sebanyak RM100,000 sumbangan ahli parlimen kawasan itu di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, peruntukan di bawah PEMULIH itu diterima setiap ahli Parlimen termasuk pembangkang berjumlah RM300,000.

- Advertisement -

“Namun saya membuat tambahan sebanyak RM144,000 untuk diagihan kepada Adun supaya mendapat jumlah yang sama iaitu RM100,00 dan selebihnya kepada penghulu,” katanya selepas menyampaikan sumbangan berkenaan di sini semalam.

Parlimen Tumpat mempunyai empat kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Pengkalan Kubor, Kelaboran, Wakaf Bharu dan Pasir Pekan.

Pada program terbabit sumbangan berjumlah RM544,000 disampaikan Che Abdullah kepada empat Adun di kawasan parlimen Tumpat.

Sumbangan itu diterima Adun Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat, Adun Wakaf Bharu Muhd Rusli Abdullah, Adun Kelaboran Mohd Adanan Hassan dan wakil Adun Pasir Pekan.

Selain itu sebanyak RM144,000 peruntukan diagih kepada 70 penghulu mukim.

Che Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II berkata, sumbangan itu merupakan rentetan bantuan disumbang kerajaan untuk membantu rakyat yang terkesan dengan penularan Covid-19. – HARAKAHDAILY 8/7/2021

- Advertisement -