Sikap prihatin rakyat langkau sempadan negara

- Advertisement -

BAGAN SERAI: Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap pemurah dan prihatin serta saling bantu membantu di antara satu sama lain.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Perak, Razman Zakaria berkata, rakyat yang bersikap pemurah akan segera membantu mereka yang ditimpa bencana atau berada dalam kesusahan.

Katanya, bukan sahaja bantuan daripada kerajaan, malah pihak persendirian, NGO dan pelbagai pihak berganding bahu meringankan bebanan yang dihadapi penduduk miskin.

- Advertisement -

“Budaya tersebut semakin popular. Tiba-tiba sekarang timbul pula isyarat menaikkan bendera sebagai tanda memerlukan bantuan ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Apabila ada kawan pergi bawa barang bantuan, tengok-tengok dalam rumah individu terbabit sudah macam-macam,” katanya selepas menyampaikan sumbangan bersama Econsave Bagan Serai di Kampung Tepi Kolam Bukit Merah hari ini.

Seramai 130 penerima dari Kampung Tepi Kolam, Kampung Perlis dan beberapa kampung sekitar menerima sumbangan tersebut.

Sumbangan barangan keperluan harian terdiri daripada beras, minyak masak, gula, susu, biskut, buah-buahan dan ikan patin.

Turut hadir pada program itu Penghulu Tertinggi Daerah Kerian Ahmad Jaiz Rofiee dan ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatn Kampung (JPKK).

Razman yang juga Adun Gunung Semanggol berkata, sikap prihatin rakyat Malaysia bukan setakat dalam negara, malah melangkau negara luar.

Manakala dalam perkembangan lain kata beliau pihaknya merancang mewujudkan restoran terapung bagi merancakkan agro pelancongan melalui projek santuari ikan kelisa emas yang dijalankan oleh MyKP Kampung Tepi Kolam. – HARAKAHDAILY 8/7/2021