Jualan Amal Pemuda bantu penduduk kongsi rezeki

- Advertisement -

TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh dengan kerjasama Pasar Mini Al-Furqan telah berkolaborasi menjayakan satu inisiatif program Jualan Amal di Flat Damai Taha, Mentakab dekat sini, pagi semalam.

- Advertisement -

Menurut Ketua Pemuda, Ustaz Muhammad Shukri Shuib, usaha dijalankan dengan semua barang-barang terpilih dijual pada harga yang murah bagi membantu kalangan penduduk terjejas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini.

Dari inisiatif dijalankan ini, sekitar 30 keluarga yang terlibat telah me dapat manfaat apabila dapat membeli keperluan dapur dengan harga yang sangat murah berbanding pasaran.

“Ayam seekor dan beras lima kilogram hanya dijual dengan harga RM5.00 setiap satu, manakala susu, gula, bihun dan lain-lain dijual dengan harga RM1.00 setiap unit.

“Pihak kami akan menambah baik teknikal pelaksanaan jika program ini mendapat sokongan para penyumbang dan diteruskan lagi pada masa akan datang,” tambah beliau lagi.

Yang Dipertua PAS Temerloh, Md Jusoh Darus yang turut hadir mengucapkan syabas kepada Pemuda dan Jabatan Amal Temerloh yang terus berusaha membantu rakyat memerlukan dalam keadaan ketika ini.

Turut bersama adalah Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Temerloh, Siti Baksa Mahidin serta Ahli Jawatankuasa PAS Temerloh yang lain. – HARAKAHDAILY 5/7/2021

- Advertisement -