Ramli jadi perantara pujuk Orang Asli ambil vaksin

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

- Advertisement -

JELI: Seorang penduduk Orang Asli, Ramli Lanas, 52 yang menerima vaksin Covid-9 mewakili Jabatan Penerangan menjadi perantaraan bagi meyampaikan maklumat menggunakan dielek Jahai untuk memujuk kaum berkenaan mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Beliau bagaimanapun turut berasa gembira kerana diberi tanggungjawab daripada Jabatan Penerangan (JAPEM) Negeri Kelantan bagi membantu menyampaikan maklumat serta pesanan berhubung kepentingan vaksinasi kepada penduduk di sekitar kampungnya iaitu di Kampung Sungai Rual, di sini hari ini.

Katanya, melalui kempen Info On Wheels itu merupkan satu pengalaman baru buat dirinya kerana menjadi sebahagian petugas yang membantu pihak berkuasa dalam mencapai imuniti kelompok terutama dalam kalangan Orang Asli.

Ramli merupakan antara 230 Orang Asli di kampung berkenaan yang turut menerima suntikan vaksin dos kedua pada program outreach itu.

Turut hadir membuat tinjauan pada program outreach berkenaan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) yang juga Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Japen Negeri Kelantan, Azahar Ismail.

Sementara itu, Azahar berkata pihaknya turut akan memperbanyakkan kempen Info On Wheels di seluruh negeri itu terutamanya di kawasan pedalaman termasuk penempatan Orang Asli disamping mempergiatkan penyampaian maklumat berkenaan kepentingan vaksinasi.

Katanya memaklumkan, Info On Wheels juga telah dilaksanakan sebelum ini di beberapa perkampungan Orang Asli seperti di Pos Hau, Gua Musang.

Dalam perkembangan lain Mustafa berkata, sehingga kini seramai 9,354 individu di daerah Jeli telah menerima suntikan vaksin bagi dos pertama, manakala seramai 6,020’individu telah melengkapkan dos kedua.

Bagaimanapun katanya, kira-kira 24,000 indibidu lagi belum terima suntikan vaksin Covid-19.

Justeru itu ujarnya yang juga Ahli Parlimen Jeli itu agar ditingkatkan bekalan vaksin yang merupakan permohonan popular daripada rata-rata Ahli Parlimen lain agar diberi perhatian lebih kepada kawasan ini. – HARAKAHDAILY 3/7/2021

- Advertisement -