Fitnah: PAS Perak nafi bangunan diconteng

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS Perak menafikan gambar tular kononnya Pejabat Perhubungan PAS negeri diconteng yang dimuat naik pemilik akaun Twitter @gengkotak yang cuba melakukan provokasi murahan dan fitnah jahat.

“Berdasarkan gambar terkini pada 3 Julai (hari ini) keadaan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak masih dalam keadaan baik dan aman,” kata Ketua Penerangan negeri, Hafez Sabri dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook PAS Perak, hari ini.

- Advertisement -

Beliau berkata, PAS Perak melahirkan rasa kesal di atas tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak tertentu.

“PAS Perak berharap masyarakat dapat bertenang selepas mendapat penjelasan ini dan bersama kita menolak perbuatan fitnah dan tidak bermoral ini.

“PAS Perak menyeru agar kita semua dapat berpolitik secara matang dan sejahtera,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 3/7/2021

- Advertisement -