Yayasan Waqaf Malaysia edar ‘tablet’ kepada murid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melaui agensinya Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di bawah program #DanaPelajar mengedarkan 25 tablet kepada murid di sekitar Putrajaya.

Menurut Menterinya, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, melalui program itu, beliau berharap ia dapat memudahkan proses pembelajaran murid melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR).

“Sumbangan tablet tetap berjalan seperti biasa melalui beberapa buah agensi di bawah tanggungjawab saya antaranya Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). Moga memudahkan para pelajar untuk PdPR,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook Rasmi beliau, semalam.

- Advertisement -

Kesemua tablet telah diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, Prof Madya Dr Amir Shaharuddin kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 16 (1), Kamaluddin Mohd Kassim mewakili para pengetua sekolah menengah di sekitar Putrajaya, semalam.

Menurut Facebook YWM, dimaklumkan pihak SMK Putrajaya Presint 16 telah mula mengagihkan tablet yang disumbangkan kepada para pengetua sekolah sekitar Putrajaya yang terlibat.

“Tahniah diucapkan kepada pihak SMK Putrajaya Presint 16 (1) atas inisiatif untuk menjadikan sumbangan tablet ini sebagai aset wakaf sekolah,” kata kenyataan itu.

Tablet yang disumbangkan, dilabel, didaftarkan sebagai aset sekolah, kemudian diberikan kepada para pelajar yang telah dikenalpasti oleh pihak sekolah.

Para penerima iaitu pelajar dan ibu bapa akan mengisi borang pinjaman dan berjanji untuk mematuhi garis panduan penggunaan yang ditetapkan.

Matlamatnya adalah untuk mengekalkan sumber penggunaannya agar lebih ramai pelajar dapat menikmati kemudahan ini pada masa hadapan.

Sementara itu, Dr Dzulkifli turut memaklumkan bahawa baru-baru ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah meluluskan bantuan pendidikan komputer riba sebanyak RM9 juta untuk 5,000 pelajar yang kurang berkemampuan di Wilayah Persekutuan.

Katanya, inisiatif sama juga sedang diusahakan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Lembaga Tabung Haji untuk membantu pelajar di seluruh Malaysia.

Untuk inisiatif itu, beliau akan membentangkan laporannya, ujarnya. – HARAKAHDAILY 1/7/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -