PEMULIH pelengkap Pelan Pemulihan Negara

- Advertisement -

PEMUDA Perikatan Nasional mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada barisan Kabinet dan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas perancangan teliti serta terperinci pelaksanaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). 

Sekalipun dalam keterbatasan, ternyata perincian PEMULIH ini jelas membuktikan kerajaan begitu prihatin dengan keluh kesah dan kesusahan rakyat di mana segala keputusan diambil berlandaskan keperluan semasa, bertepatan dengan denyut nadi rakyat.

PEMULIH meliputi nilai keseluruhan berjumlah RM150 bilion yang merangkumi suntikan fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan dan meningkatkan vaksinasi. 

- Advertisement -

Pemuda Perikatan Nasional mengucapkan penghargaan atas beberapa cadangkan sebelum ini yang telah dizahirkan dalam PEMULIH. Antaranya moratorium kepada semua golongan masyarakat dan peniaga, kawalan harga minyak masak, diskaun tariff elektrik kediaman dan pengeluaran KWSP. Pemberian ini sememangnya sesuatu yang dinantikan dan semestinya melegakan rakyat secara keseluruhannya. 

Selain itu, Pemuda PN ingin memuji sikap profesional kerajaan apabila dengan rasa penuh tanggungjawab memberikan peruntukan sejumlah RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen baik daripada blok kerajaan mahupun blok pembangkang. Hal ini jelas membuktikan keprihatinan Kerajaan Perikatan Nasional adalah bersifat inklusif dan bertanggungjawab tanpa mengira ideologi politik.

Dalam pada itu, Pemuda PN akan menggalakkan penglibatan lebih ramai sukarelawan dari kalangan parti komponen Pemuda PN dalam melancarkan proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara dan juga kerja-kerja kebajikan. 

Justeru, Pemuda PN berikrar untuk berdiri teguh di belakang YAB Perdana Menteri untuk menakhodai negara dan rakyat untuk keluar dari badai pandemik COVID-19 melalui Pelan Pemulihan Negara. 

Akhir sekali, Pemuda Perikatan Nasional menyeru seluruh rakyat bersatu padu bersama menggembleng usaha ke arah pemulihan negara sepenuhnya daripada ancaman wabak COVID-19 yang melanda negara. 

Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Ilahi, semoga usaha murni ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

“Kita Pasti Menang!”
“Lindung Diri, Lindung Semua”
“Stay Safe!”

YB SENATOR IR. TS. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda Perikatan Nasional 

YB SENATOR WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Ketua ARMADA BERSATU Nasional 

SDR RIZAL JOHARI
Ketua Pemuda STAR 

SDR JAMAIN SARUDIN
Ketua Pemuda SAPP 

SDR WONG CHIA ZHEN
Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN Pusat – HARAKAHDAILY 29/6/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/107575511165573/posts/261117049144751/?d=n

- Advertisement -