Kerajaan PN sentiasa dengar luahan rakyat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion semalam membuktikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendengar suara hati rakyat.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, berikutan luahan hati rakyat yang disuarakan melalui media masa atau media sosial diambil perhatian serius kerajaan.

“Kerajaan PN memberi reaksi positif sehingga muncul pakej ransangan baharu yang dikenali sebagai PEMULIH,” katanya ketika dihubungi di sini.

- Advertisement -

Petang semalam Perdana Menteri mengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi bernilai RM150 bilion bagi membantu rakyat ekoran penularan pandemik Covid-19.

Pakej bantuan itu turut memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada setiap ahli parlimen termasuk pembangkang bagi menyalurkan bakul makanan kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berharap usaha kerajaan itu memberi manfaat dan dapat membantu rakyat yang berdepan dengan kesukaran sekarang.

“Alhamdulillah kita bersyukur dengan pengumuman terbaru oleh kerajaan Perikatan Nasional. Tahniah juga saya ucapkan kepada pimpinan negara kerana sentiasa mendengar luahan hati rakyat,” ujarnya.

Pada perkembangan lain beliau turut melahirkan rasa syukur dengan jumlah jangkitan Covid-19 di Kelantan pola menurun sekarang.

Menurutnya kejayaan itu hasil kerjasama semua pihak bagi menangani penularan wabak yang begitu membimbangkan sebelum ini.

“Kita mendoakan semoga wabak tersebut semakin berakhir bukan hanya di Kelantan, sebaliknya di peringkat negara dan seluruh dunia,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/6/2021

- Advertisement -