Kerajaan PN menyusahkan PH

- Advertisement -

TERPAKSA terima walau pahit walau sukar. Walau pasti akan ada yang meroyan. Hakikat ini amat sukar diterima oleh PH atau DAP dan sekufunya bahawa Kerajaan PN amat menyusahkan mereka untuk mencari akal baharu serta candu baharu untuk terus menggoda rakyat agar menolak Kerajaan PN.

Di kala serangan bertali-arus juak-juak PH dan konconya terhadap Kerajaan PN dengan naratif Kerajaan Gagal dan segala macam ‘trending’ maya untuk terus mewajahkan imej buruk kepada Kerajaan PN.

- Advertisement -

Tanpa disangka serangan balas ‘counter attack’ oleh Kerajaan PN melalui ‘Stiker Prolifik’ membuatkan benteng pertahanan PH atau DAP longlai dan kelu melihat jaringan gol yang dihasilkan dengan taktikal berpasukan ‘total football’ yang begitu mengasyikkan.

Pakej-pakej ‘Counter Attack’ PN:

Meneruskan agenda Prihatin Rakyat.

1. Bantuan Tunai Langsung berjumlah RM10 bilion:

a. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berjumlah RM100-RM1,400.

b. Pemberian Bantuan Khas COVID-19:
I. Isi rumah dan bujang kategori miskin tegar.
ii. Isi rumah dan bujang kategori B40. 
iii. Isi rumah dan bujang kategori M40.

c. Bantuan Kehilangan Pendapatan: RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang hilang pendapatan.

d. Memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO.

e. Peruntukan RM125 juta melalui HRD Corp untuk inisiatif Place and Train.

f. Peruntukan RM300 ribu kepada setiap Ahli Parlimen untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan dan RM10 juta khusus untuk masyarakat Orang Asli.

g. Mengekalkan harga runcit petrol RON95, diesel dan LPG serta melaksanakan program Harga Kawalan berasaskan nilai ambang Crude Palm Oil

h. Peruntukan tambahan RM1 bilion bagi memastikan bekalan minyak masak pek polibeg terjamin.

i. Peruntukan RM15 juta kepada NGO bagi bantu menangani isu sosial.

j. Bil elektrik antara 5 peratus hingga 40 peratus. Lanjutan tiga bulan diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi sektor ekonomi yang terjejas.

k. Melanjutkan pemberian 1 gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021.

l. Peruntukan RM18 juta untuk bank tempatan menyediakan perkhidmatan Bank Bergerak.

m. i-Citra – Ahli KWSP boleh buat pengeluaran sehingga RM5,000. Pengeluaran RM1,000 sebulan selama 5 bulan bermula Ogos.

n. Bantuan Geran Prihatin (GKP4.0) kepada pemilik perniagaan sebanyak RM500 (September) dan RM500 (November).

o. Moratorium selama enam bulan kepada semua peminjam individu sama ada golongan B40, M40 dan T20.

p. RM1,000 kepada pengusaha kantin berdaftar. Bantuan kehilangan pendapatan sebanyak RM500 pada Oktober kepada mereka yang kehilangan kerja.

q. RM1 bilion untuk meningkatkan kadar pemberian vaksin dengan RM400 juta daripadanya bagi menambah bekalan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

r. RM300,000 setiap kawasan, sebagai tambahan untuk program Bantuan Bakul Makanan sedia ada bagi membantu menyediakan keperluan asas penting buat golongan memerlukan.

s. Sebanyak RM10 juta juga diperuntukkan bagi tujuan melaksanakan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.

t. Peruntukan tambahan RM1 bilion, bagi memastikan rakyat dapat membeli minyak masak pek polibeg 1 kg pada harga bersubsidi RM2.50 satu pek.

Hakikat yang PH atau DAP perlu tepuk dahi sendiri betapa sebanyak RM380 billion telah diperuntukkan dalam pelan baru iaitu PEMULIH yang diharapkan benar-benar dapat membantu kondisi rakyat ketika pandemik melanda. Tiga fokus yang telah dinyatakan iaitu untuk meneruskan agenda Prihatin Rakyat, membantu golongan peniaga dan meningkatkan kadar vaksinasi. Dengan mengenepikan sentimen politik Kerajaan PN telus untuk memberi yang terbaik kepada seluruh rakyat.

Alhamdulillah, pelan ini jika dilihat cukup komprehensif kerana menyentuh semua golongan masyarakat dalam Malaysia dari miskin tegar hinggalah T20 pun dapat menikmati. Peluang ini sepatutnya dapatlah melegakan hati rakyat yang amat duka mengenang nasib yang di hadapi di saat yang amat sukar ini.

Jelas, Kerajaan Prihatin PN terus komited dan mendengar denyut nadi rakyat dalam merangka strategi untuk memberi yang terbaik kepada rakyat. Walaupun ianya dilihat tidak sehebat strategi [SELANGKAH SELANGOR]. Gigih mengaut di saat rakyat makin perit.

Benar, ‘Counter Attack’ PEMULIH ini, benar-benar menyusahkan PH atau DAP untuk terus bangkit.

Tidak lena mereka malam ini. Terima kasih Kerajaan PN. Terima Kasih Bapa Pemulih Negara.

“Kerajaan Prihatin”
“Bangkit Bersama”

JAMAL NAJMUDDIN SULAIMAN
Timbalan Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 29/6/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100000629532241/posts/4359791060718502/

- Advertisement -