PAS tumpu tangani Covid-19, lindungi nyawa rakyat

KUALA LUMPUR: Fokus utama kerajaan pada masa ini adalah memberikan keutamaan maksimum ke arah usaha menanganai wabak pandemik Covid-19, di samping menjaga kebajikan rakyat, Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad.

Menurutnya, PAS yang membawa politik Islam yang mana bertujuan memelihara kepentingan tertentu antaranya ialah kewajipan melindungi nyawa.

Justeru itu, dalam situasi negara berdepan dengan virus yang mengancam nyawa rakyat, keutamaan nyawa adalah suatu yang amat dititikberatkan kerajaan dan juga PAS yang merupakan sebahagian daripada kerajaan.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam Program ‘Anda Tanya, KZ Jawab’ yang bersiaran secara langsung di Facebook rasminya, malam tadi.

Tambahnya, langkah utama kerajaan ketika ini adalah dengan memberikan perhatian sepenuhnya bagi mengatasi wabak tersebut dengan baik dan segera.

“Setelah kita keluar daripada isu Covid-19 ini, kita akan tumpukan kepada usaha membangunkan memacu negara ke arah yang lebih baik berdasarkan bimbingan wahyu Allah SWT,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/6/2021