Pelajar program empower ECER cemerlang SPM

Mohammad Faisal Amir Rosli
- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Seramai 95 pelajar di bawah program empower ECER anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memperolehi keputusan cemerlang SPM 2020.

Program empower ECER itu diadakan di enam jajahan iaitu Bachok, Gua Musang, Jeli, Kota Bharu (Ketereh), Pasir Puteh dan Tanah Merah memberi memanfaatkan seramai 1,200 pelajar SPM 2020.

Program berkenaan melibatkan sebanyak 36 sekolah di jajahan tersebut.

- Advertisement -

Antara program yang dijalankan termasuk kelas tambahan percuma, program motivasi atas talian dan program khusus bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.

Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal Pasir Puteh, Mohammad Faisal Amir Rosli meluahkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada ECER kerana membantu pelajar terutama dalam cabaran pendemik Covid-19.

ECER juga banyak membantu dalam mengekalkan motivasi pelajar menjelang peperiksaan dengan menganjurkan program khas atas talian.

Para pelajar juga dibimbing dalam memastikan meraka menyambung pelajaran ke saluran yang tepat dan bersesuaian dengan keputusan mereka.

Pada 18 Oktober lepas sebanyak 38 sekolah menengah dan 12 buah sekolah rendah Orang Asli menerima Watikah Pelantikan Sekolah dan Guru Penyelaras 2020 bagi pelaksanaan Program Empower ECER anjuran ECERDC.

Pada majlis itu seramai 101 pengetua, guru besar dan guru penyelaras mengikuti ceramah modul NLP menerusi Program Master Teacher yang disampaikan Kaunselor Berdaftar dan Pengasas Modul Power Action, CR Afizul Mohammad.

Program Empower ECER 2020 merupakan kerjasama antara UMK menerusi UMK Business Ventures Sdn Bhd dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. – HARAKAHDAILY 16/6/2021

- Advertisement -