Bekas pelajar PASTI ke Akademi Bola Sepak Cruzeiro Brazil-British

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR: Bakat bermain bola sepak, Uzair Zayyan Naimulddin telah dicungkil sejak dari PASTI selepas berjaya terpilih menjadi pemain terbaik bola sepak pada Temasya Sukan PASTI Negeri Perlis pada tahun 2015.

Uzair kemudian mewakili negeri Perlis ke Temasya Sukan PASTI Peringkat Kebangsaan di Kangar, Perlis.

- Advertisement -

Kini impian beliau untuk menjadi pemain bola sepak profesional semakin terserlah apabila berjaya diterima masuk ke Akademi Bola Sepak Cruzeiro Brazil-British International School Phuket (BISP), bermula Ogos ini.

Uzzair semasa beraksi pada Sukan PASTI Peringkat Kebangsaan pada 2015 di Kangar, Perlis

Uzzair, pejalar tahun enam dari Sekolah Kebangsaan Sri Tunjong Beseri mendapat biasiswa sukan berjumlah RM120,000 setahun di bawah kendalian Cruzeiro Football Academy Brazil dan diserap di bawah Program High Perfomance Team (HPT).

Aksi Uzzair bersama pasukan Kangar09 Dragon FC dalam Kejohanan U10 DCL Nation Cup 2019 di Pasir Gudang Johor.

Uzzair sebelum ini juga pernah beraksi dengan Kelab Bola Sepak KSMR Kangar Junior (U9) dan Kelab Bola Sepak Kangar 09 Dragons (U10-U12) di bawah kendalian jurulatih, Norhisham Jaafar, seorang pemain yang pernah menyertai banyak kejohanan bola sepak di seluruh negara.

Anugerah Pemain Terbaik Bola Sepak semasa Sukan PASTI Peringkat Negeri Perlis, pada 2015

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Zamri Ibrahim berkata Uzzair menjadi aset terpenting arena bola sepak negara menerusi bakatnya.

“Saya memberi sokongan penuh dan berbangga dengan pencapaian adik Uzzair, semoga beliau terus cekal dan istiqamah dalam menggapai impiannya,” katanya.

Uzzair menjadikan bekas bintang Barcelona, Xavi Hernandez sebagai idola yang dianggapnya perancang tengah terbaik dan mampu membuat keputusan terbaik walaupun berada dalam tekanan bertepatan dengan aksinya sebagai pemain di posisi tengah.

Pada tahun lalu, Uzzair dipilih untuk menyertai kem bola sepak di peringkat antarabangsa bersama kelab Eropah dari Belanda, Ajax Amsterdam di bawah tajaan TH Global Football Camp, namun program tersebut dibatalkan akibat pandemik Covid-19. – HARAKAHDAILY 12/6/2021

- Advertisement -