Raja kesal diperguna pihak tertentu burukkan kerajaan

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

KUBANG PASU: Pengusaha kedai gunting rambut di Taman Bunga Raya, Jitra yang dikenali sebagai Raja melahirkan kesal berikutan dirinya dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan kerajaan.

Beliau ketika ditemui berkata, video yang ditular dua hari lalu bukanlah atas kehendaknya sendiri tetapi disuruh oleh pihak lain.

- Advertisement -

“Saya pun tak tahu, orang itu suruh saya telefon Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk bertanyakan bantuan tetapi dia mengambil kesempatan memarahi pihak sana (PKOB) dan mempertikaikan untuk siapa sumbangan 15,000 bakul makanan yang disediakan kerajaan,” jelas beliau.

Beliau merasa malu berikutan video itu ditular di media sosial dan mendapat kecaman nitezen.

Berikutan itu dengan kerjasama PAS kawasan dan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), satu video lain dibuat dan ditular untuk menceritakan hal sebenar.

Sementara itu wakil DHPP kawasan terbabit, Vijay Sharma melahirkan rasa kesal dengan apa yang berlaku.

“Sepatutnya hal sebegini tidak berlaku. Ia bukan sahaja memburukkan nama orang lain tetapi mewujudkan suasana yang tidak baik.

“Kalau ada kemusykilan berkenaan bantuan Covid ini mohonlah penjelasan dari pihak berkenaan dengan baik dan bukannya guna orang lain untuk agenda sendiri,” kata beliau 

Sehubungan itu, Ustaz Rosli Azmi mewakili PAS Kawasan Kubang Pasu menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada pemilik kedai gunting rambut itu di kediamannya, semalam. – HARAKAHDAILY 12/6/2021

- Advertisement -