Soal jawab pandemik COVID-19 (Siri 1)

- Advertisement -

APAKAH vaksin dan ubat itu sama? 

Ulasan
: Vaksin berbeza dari ubatan. Vaksin bersifat mencegah jangkitan dari berlaku (prophylactic) sedangkan ubat adalah berbentuk rawatan (therapeutic) untuk menyembuhkan penyakit atau jangkitan yang telah berlaku. 

Bagaimana vaksin COVID-19 cepat benar dihasilkan? 

Ulasan: Vaksin bagi COVID-19 dapat dibangunkan dalam masa yang singkat dan kini diedarkan bagi kegunaan penduduk dunia berdasarkan beberapa faktor;

- Advertisement -

1. Kajian terhadap virus Korona bermula sejak 50 tahun yang lalu.
2. Jangkitan SARS tahun 2002/2003 dan MERS tahun 2012, memberi amaran awal kepada dunia, virus Korona boleh bermutasi bagi menyebabkan jangkitan yang lebih besar.
3. Badan Antarabangsa mendesak makmal penyelidikan di seluruh dunia berkolaborasi bagi membangunkan vaksin dan rawatan bagi membendung penularan jangkitan virus Korona SARS-2 (penyebab COVID-19).
4. Pelbagai negara dan pertubuhan menyumbang kepada dana penyelidikan virus Korona SARS-2.
5. Penggunaan teknologi terkini, contohnya mRNA sangat membantu mempercepatkan proses pembangunan vaksin.
6. Vaksin COVID-19 mendapat kelulusan bagi kegunaan kecemasan (belum menerima kelulusan penuh) bagi memenuhi keperluan dunia yang mendesak. Kerana itu masih terdapat uji kaji klinikal yang berjalan terhadap ibu mengandung dan kanan-kanak bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan vaksin ini kepada golongan tersebut.

Peratus keberkesanan setiap vaksin, adakah ini fakta? 

Ulasan: Panduan klinikal bagi vaksinasi COVID-19, edisi ke-2 terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia menyenaraikan keberkesanan (efficacy) bagi vaksin keluaran Pfizer adalah 95 peratus, AstraZeneca 62-90 peratus dan Sinovac 50.4 – 91.25 peratus.

Apakah itu Ct value ujian RT-PCR?

Ulasan: Ct merujuk kepada Threshold Cycle bagi uji kaji menggunakan teknik Quantitative Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-qPCR). Ct value diperolehi apabila jumlah kitaran (cycle) produk PCR melepasi threshold bagi mengenalpasti contohnya gen tertentu yang ada pada kod genetik virus. Kebiasaannya bagi menentukan sesuatu sampel itu positif terhadap SARS-CoV-2, RT-qPCR digunakan bagi mengesan gen bagi spikenucleoprotein dan ORF1ab. Nilai Ct yang rendah menandakan jumlah salinan gen virus yang tinggi (lebih banyak virus yang terdapat di dalam sampel pesakit).

Kongsikan ketidakpastian anda berkaitan pandemik COVID-19 ke HarakahdailyInsya-Allah kami akan cuba membantu. 

والله اعلم 

DR. HANI’AH ABDULLAH 
Anti-infective virologist
Alderley Park. – HARAKAHDAILY 9/6/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -