Minyak masak: Dua menteri telah bincang, bawa ke Kabinet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beliau telah mengadakan perbincangan secara maya bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi berhubung harga minyak masak di pasaran.

“Alhamdulillah. Saya telah mengadakan perbincangan secara maya bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi.

- Advertisement -

“Mesyuarat ini amat penting kerana ianya berkaitan isu kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi di pasaran,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, petang ini.

Beliau berkata, usaha dan perancangan yang disusun akan dilaksanakan kerajaan bagi terus membantu rakyat.

“Kami mencapai kata sepakat untuk mengkaji mekanisme terbaik membabitkan semua pihak dalam industri minyak sawit,” jelas beliau.

Tambahnya, perkara itu akan dipanjangkan kepada Jemaah Menteri supaya harga minyak masak tidak bersubsidi dapat distabilkan di dalam pasaran. – HARAKAHDAILY 9/6/2021

- Advertisement -