Laporan insiden tren LRT dibentang ke Kabinet esok

SAYA telah menerima laporan daripada Jawatankuasa Siasatan mengenai insiden pelanggaran LRT Kelana Jaya yang berlaku pada 24 Mei 2021 dan satu sesi pembentangan laporan secara maya telah disampaikan oleh Jawatankuasa Siasatan kepada saya.

Saya berpuas hati dengan laporan oleh Jawatankuasa Siasatan yang terdiri daripada 9 anggota, diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan yang dibuat secara profesional, komprehensif dalam perinciannya, dan dapat diselesaikan dalam tempoh 14 hari yang diberikan kepada mereka.

Advertisement

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Jawatankuasa Siasatan atas usaha keras dalam beberapa hari ini, bertungkus-lumus siang malam termasuk turun padang ke Pusat Kawalan Operasi (OCC) LRT Kelana Jaya, membuat sesi simulasi di tempat kejadian, temu-siasat serta meneliti dokumen-dokumen panduan operasi berkaitan.

Saya berharap dapat membentangkan dapatan laporan ini kepada Kabinet pada hari esok (Rabu) 9 Jun 2021 dengan beberapa cadangan untuk meningkatkan keselamatan dan prosedur operasi standard untuk tren RapidRail. Pada ketika ini, saya masih meneliti dokumen-dokumen dan hasil penemuan yang diberikan oleh Jawatankuasa Siasatan.

Bukan setakat meningkatkan mutu perkhidmatan RapidRail, tetapi penemuan dan cadangan ini juga akan dapat meningkatkan infrastruktur perkhidmatan kereta api Malaysia untuk jangka panjang di masa hadapan.

I have received the preliminary report from the Investigation Committee on the Kelana Jaya LRT collision which occurred on 24 May 2021 via a virtual conference with the Committee.

I am satisfied that the report compiled by the 9-member committee led by our Ministry of Transport Secretary General was indeed professionally done, comprehensive in its details, and completed within the 14-day period given to them. 

Kudos and congratulations to the team for their tireless efforts, and burning the midnight oil these few days, including going to the ground at the Kelana Jaya OCC, going through the simulations, interviews, and poring through the guidelines and documents. 

I look forward to presenting their findings to the Cabinet on Wednesday, 9th June 2021, with several recommendations to bridge the gaps in the safety and standard operating procedures for RapidRail’s trains. I am still studying the documents and findings given by the committee. 

More than improving RapidRail’s services, these findings, and recommendations will go a long way to improving Malaysia’s entire rail service infrastructure for the long term into the future.

DATUK SERI IR DR WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia – HARAKAHDAILY 8/6/2021