Nasib baik ada bantuan kerajaan – usahawan PKS

Kilang sate ikan.
- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: Pemberian Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP3.0) susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 Jun lalu memberi nafas baru kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Pengurus Famche Enterprise, Hasnawati Mohd Nawi berkata, bantuan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini dapat membantu bukan sahaja aliran modal, malah melibatkan urusan lain termasuk bayaran sewa premis.

- Advertisement -

Katnya, pelaksanaan PKP3.0 sekarang walaupun memberi kelonggaran kepada PKS dan pengusaha mikro beroperasi, namun situasi tersebut sedikit sebanyak menjejaskan jualan dan pembelian.

“Jualan produk kami turut terjejas hanya memperolehi sekitar RM10,000 sebulan. Sedangkan sebelum ini hasil jualan sekitar RM30,000 hingga RM35,000 sebulan,” yang memiliki perusahaan yang dinamakan Pokaji Sate Ikan ketika ditemui di sini.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+) menyediakan pakej bantuan sebanyak RM1,500 kepada setiap PKS.

Sebanyak RM1,000 akan disalurkan pada pertengahan bulan ini dan bakinya pada Julai bakal dinikmati hampir sejuta PKS dan perusahaan mikro yang terjejas perniagaan ekoran pelaksanaan PKP3.0.

Bagaimanapun pelaksanaan PKP 3.0 kerajaan membenarkan operasi peniaga kecil, penjaja jalanan dan perusahaan mikro bagi memastikan ekonomi rakyat terus bergerak.

Hasnawati juga berkata, bantuan yang diterima tahun lepas sebanyak RM3,000 kepada usahawan PKS boleh dimanfaaat bayar sewa premis perniagaan.

“Nasib baik ada bantuan kerajaan ketika PKP boleh bantuan PKS dan perusahaan mikro lain yang terjejas dengan pelaksanaan PKP,” katanya ketika ditemui di pusat pemprosesan sate ikan di Mentuan dekat sini.

Famche yang merupakan usahawan bimbingan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) cawangan Kelantan sejak 2017, ditubuh pada 2004 dengan menjalankan perniagaan jualan pakaian.

Bagaimanapun 10 tahun kemudian Hasnawati mengusaha pula perniagaan sate ikan yang bermula di Kampung Panjang Banggu dengan modal permulaan sebanyak RM25,000. Beliau menggunakan jenama Pokaji.

Kini syarikat itu menambah produk keluaran termasuk sambal dan sos bersama sate ikan. Produk itu dijual melalui ejen seluruh negara dan media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Shoppee. – HARAKAHDAILY 7/6/2021

- Advertisement -