42 Pasar Segar Terkawal dibuka PKP 3.0

- Advertisement -

Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membuka dan menyelia dua unit Pasar Segar Terkawal (PST) di Kelantan ketika pelaksanaan sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

PST itu menawarkan produk agroniaga seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan, hasil laut, daging, barangan runcit dan barangan asas tani boleh dipasarkan secara langsung kepada pembeli.

- Advertisement -

Menurut FAMA PST terbabit iaitu tapak Pasar Tani Kekal di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong dan Pusat Operasi FAMA di Machang.

Manakala di seluruh negara terdapat 42 PST yang dibenarkan beroperasi antaranya Pasar Tani Kekal, Agrobazar, MyFarm Outlet dan Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang terpilih.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi sebelum ini memberitahu ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, kerajaan akan sentiasa memastikan operasi PST di seluruh negara mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Saya juga sangat berbesar hati dengan semangat usahawan kita, walaupun dalam tempoh sekatan pergerakan penuh mereka sentiasa berusaha memastikan proses rantaian makanan boleh beroperasi lancar ” katanya.

Baru-baru ini beliau turut meninjau PST Pasar Tani Kekal, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong bagi melihat operasi tersebut pasar dan pematuhan SOP sebagaimana yang ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19. – HARAKAHDAILY 6/6/2021

- Advertisement -