PN bertanggungjawab, PH abaikan rakyat

- Advertisement -

MENTERI dan Timbalan tak ambil gaji selama tiga bulan. Ini kali kedua setelah dua bulan gaji tak diambil ketika awal musim PKP. Ini pun ada yang kritik. Dengan pelbagai kemudahan pinjaman, moratorium, bantuan kepada sasaran yang diumumkan oleh kerajaan. Ini pun ada yang kritik.

Dengan perbelanjaan sejak awal PKP pertama melebihi RM34 bilion bantuan dan peruntukan menjana ekonomi. Pelbagai kemudahan diberikan. Ini pun ada yang kritik. Saya tak mahu sebut yang suruh total lockdown. Bila dibuat di suruh buka. Bila dibuka dikata tak wajar. Bila diketatkan pergerakan dikata keras. Bila dilonggar dikata main-main. Kamu nak apa sebenarnya? 

- Advertisement -

Bagi mereka yang menilai dengan akal dan kewarasan serta memahami kekangan dan tanggungjawab kerajaan pastinya faham setiap tindakan itu punya hujah dan alasan untuk kepentingan rakyat. Ia datang dari perbincangan pakar kesihatan dan ekonomi. Bagi agama pula dibincang secara kolektif dengan mengambil kira pelbagai pandangan ulamak kontemporari atas ruang dan matlamat maslahah serta menolak mafsadah.

Bagi yang membaca komen dan melihat latar belakang komentar, kita akan temui sebahagiannya saling bercanggah canggah pendirian mereka. Ia bukan lahir dari nilaian semasa tetapi dari rasa kecewa dan rasa dia yang terbaik segalanya. Kerajaan tidak boleh terhenti kerana semua ini. Pemimpin tidak boleh lemah hadapi semua ini. Namun ada dari kalangan mereka pastinya lemah juga menghadapi kerenah manusia kecewa dan hasad ini.

Kerajaan telah tunaikan tanggungjawab mereka. Kita rakyat perlu ada tanggungjawab menyokong usaha mereka. Sokongan kita akan beri dorongan dan sokongan buat mereka. Sokongan kita akan kecewakan golongan langau yang cuba menghalang usaha kerajaan. Mereka menghasut agar rakyat balik raya walaupun mereka tak balik raya. Mereka menghasut agar jangan ambil vaksin walaupun mereka juga ambil vaksin.

Mereka mahu kerajaan gagal. Itu yang mereka ulang dan laungkan. Mereka mahu kerajaan gagal agar mereka boleh dapat kuasa. Mereka tidak peduli rakyat yang akan menerima akibat dan musibah dari kegagalan kerajaan.

Kerajaan gagal, rakyat menderita dan kecewa. Rakyat kecewa akan memberontak dan marah kerajaan. Apabila rakyat marah mereka akan berjaya sekalipun kegagalan kerajaan menyebabkan ribuan rakyat akan terkorban. Apa mereka peduli? Kerana mereka hanya mahu berkuasa kembali. Mahu kerajaan gagal.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 2/6/2021

- Advertisement -