COVID-19: Mimpi ngeri pandemik, bahang kes harian 5 angka semakin terasa

- Advertisement -

BERIKUT adalah rangkuman TERKINI mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 22 Mei hingga pukul 8:00 malam 28 Mei 2021

- Advertisement -

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melebihi 549 ribu. Di peringkat global, lebih 169 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 3.5 juta. Lebih 151 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR: Malaysia semakin diasak mimpi ngeri lonjakan 10 ribu kes harian baharu setelah mencatat kes lebih lapan ribu hari ini dan sebelum itu angka kes melepasi tujuh ribu tiga hari berturut-turut pada Selasa (25 Mei), Rabu (26 Mei) dan semalam.

Ini ditambah penularan varian baharu COVID-19 (VOC) yang lebih ganas serta kluster baharu yang masih terus dilaporkan berlaku terutamanya di tempat kerja yang semakin membimbangkan.

Perkembangan yang mencemaskan ini membuatkan Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama ‘total lockdown’ di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh berkenaan, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi ekcuali sektor dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini membuat kenyataan, di sebalik penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 12 Mei 2021, sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes dilaporkan sehingga 26 Mei 2021 dan lebih separuh (62 kluster) melibatkan sektor pengilangan.

Hari ini sebanyak 21 kluster baharu dilaporkan dan enam (6) daripadanya adalah kluster tempat kerja.

Sementara itu, setakat 23 Mei lepas, negara mencatat 12 kes baharu varian Afrika Selatan B.1.351 di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Johor, menjadikan jumlahnya 78 kes. Satu kes baharu varian India B.1.617 dikesan di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan jumlah enam (6) kes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom, Afrika Selatan, Brazil dan India.

WHO baru-baru ini menyatakan Varian B1617 (India) setakat ini ditemui di 60 wilayah dan negara, sementara Varian B117 ditemui di 149 negara dan wilayah, B1351 pula dikesan di 102 negara dan wilayah manakala varian dari Brazil dikenal pasti di 59 negara dan wilayah.

Sehingga pukul 12 tengah hari Jumaat 28 Mei 2021, Malaysia menambah sebanyak 8,290 kes iaitu yang tertinggi sejak kes pertama COVID-19 dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.

Lima negeri penyumbang terbanyak untuk kes harian baharu hari ini adalah Selangor sebanyak 2,052 kes, Kelantan 851 kes, WP Kuala Lumpur 830 kes, Johor 762 kes dan Sarawak 698 kes.

Pada Selasa 25 Mei, kes harian baharu COVID-19 sebanyak 7,289 kes, Rabu 26 Mei sebanyak 7,478 kes dan Khamis 27 Mei, sebanyak 7,857 kes.

Pada ketiga-tiga hari berkenaan, Selangor menyumbang kes harian baharu terbanyak iaitu 2,642 kes (Selasa), 2,455 kes (Rabu) dan 2,675 (Khamis).

Kes kumulatif yang direkod hari ini sebanyak 549,514 kes sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 melepasi 70 ribu iaitu 72,823 kes.

Berikut adalah rekod kes harian baharu yang dicatat sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 22 Mei hingga 28 Mei 2021:-

22 Mei (6,320 kes), 23 Mei (6,976 kes), 24 Mei 6,509 kes), 25 Mei (7.289 kes), 26 Mei (7,478 kes ), 27 Mei (7,857 kes) dan 28 Mei (8,290 kes).

Bilangan pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) terus meningkat, begitu juga bilangan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan. Setakat Jumaat 28 Mei 2021, sebanyak 808 kes (tertinggi setakat ini) direkod di ICU dan 403 kes daripada memerlukan bantuan pernafasan.

Sebagai langkah siapsiaga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa meminta hospital swasta untuk menambah katil ICU selain turut menggunakan Ordinan Darurat Seksyen 3 iaitu mengambil alih hospital baharu yang belum digunakan seperti Hospital Cyberjaya dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk merawat pesakit COVID-19.

Dengan 549,514 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 40 dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE) 563,215 kes.

Kes kematian membimbangkan

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataan akhbar KPK mengenai Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia pada Jumaat 28 Mei 2021 melaporkan 61 lagi kes kematian, menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,552 kes.

Daripada 2,552 kes, 59 kes adalah warganegara dan dua (2) kes bukan warganegara.

Kes tertinggi kematian direkod pada Rabu 26 Mei 2021 iaitu 63 kes terdiri daripada 57 orang warganegara dan enam (6) orang bukan warganegara. Daripada jumlah itu, kes mayat dibawa ke hospital (Brought In Dead/BID) sebanyak 12 kes. Menurut KKM, kes BID merujuk kepada kes kematian di luar hospital dan kematian ini disahkan disebabkan COVID-19 selepas proses bedah siasat.

Pada 25 Mei, pesakit COVID-19 paling muda yang dilaporkan meninggal dunia pada hari berkenaan berusia tiga tahun dari Sabah yang juga menghidap leukemia.

Untuk rekod, kes kematian sepanjang tempoh rangkuman 22 Mei hingga 28 Mei 2021:-

22 Mei – 50 kes (48 WN 2 BWN), 23 Mei – 49 kes (48 WN 1 BWN), 24 Mei – 61 kes (61 WN), 25 Mei – 60 kes (59WN 1 BWN), 26 Mei – 63 kes (57 WN 6 BWN), 27 Mei – 59 kes (59 WN) dan 28 Mei – 61 kes (59 WN 2 BWN).

*WN = warganegara *BWN = bukan warganegara

Kes melibatkan warganegara

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (22 Mei hingga 28 Mei 2021), penularan tempatan kes COVID-19 di Malaysia melibatkan warganegara masih pada kadar 90 peratus.

Rekod KKM hari ini (28 Mei) menunjukkan, daripada 8,290 kes baharu, sebanyak 8,288 adalah kes penularan tempatan sementara dua (2) kes lagi adalah kes import (2 BWN).

Sebanyak 92.1 peratus daripada kes penularan tempatan atau 7,630 melibatkan warganegara dan 658 kes (7.9 peratus) bukan warganegara.

Berikut adalah data yang menunjukkan keseluruhan situasi kes baharu, kes kumulatif dan kes import, berdasarkan makluman KKM:-

Sabtu 22 Mei – Kes baharu: 6,320 kes (505,115 kes kumulatif); Kes import: 3 kes (3 bukan warganegara); Kes tempatan: 6,317 kes [5,870 warganegara (92.9%); 447 bukan warganegara (7.1%)];

Ahad 23 Mei – Kes baharu: 6,976 kes (512,091 kes kumulatif); Kes import: 5 kes (1 warganegara dan 4 bukan warganegara); Kes tempatan: 6,971 kes [6,324 warganegara (90.7%); 647 bukan warganegara (9.3%)];

Isnin 24 Mei – Kes baharu: 6,509 kes (518,600 kes kumulatif); Kes import : 20 kes (17 warganegara, 3 bukan warganegara); Kes tempatan: 6,489 kes [5,931 warganegara (91.4%); 558 bukan warganegara (8.6%)];

Selasa 25 Mei – Kes baharu: 7,289 kes (525,889 kes kumulatif); Kes import: 4 kes (1 warganegara, 3 bukan warganegara); Kes tempatan: 7,285 kes [6,813 warganegara (93.5%); 472 bukan warganegara (6.5%)];

Rabu 26 Mei – Kes baharu: 7,478 kes (533,367 kes kumulatif); Kes import: 5 kes (5 bukan warganegara); Kes tempatan: 7,473 kes [6,913 warganegara (92.5%); 560 bukan warganegara (7.5%)];

Khamis 27 Mei – Kes baharu: 7,857 kes (541,224 kes kumulatif); • Kes import: 8 kes (2 warganegara, 6 bukan warganegara); • Kes tempatan: 7,849 kes [7,340 warganegara (93.5%); 509 bukan warganegara (6.5%)].

Jumaat 28 Mei – Kes baharu: 8,290 kes (549,514 kes kumulatif); • Kes import: 2 kes (2 bukan warganegara); • Kes tempatan: 8,288 kes [7,630 warganegara (92.1%); 658 bukan warganegara (7.9%)];

Setakat 28 Mei 2021, sebanyak 4,814 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pesakit yang pulih daripada COVID-19 kini 474,139 kes (86.3 peratus).

Sementara rekod kes sembuh harian sepanjang tempoh rangkuman ini:-

22 Mei (4,694 kes ), 23 Mei ( 3,587 kes), 24 Mei ( 3,452 kes), 25 Mei ( 3,789 kes), 26 Mei ( 4,665 kes), 27 Mei (4,598 kes) dan 28 Mei (4,814 kes).

Kluster hari raya, kluster baharu

Dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, iaitu sehingga 25 Mei 2021, KKM merekodkan 12 kluster komuniti (sub-kluster hari raya), melibatkan tujuh buah negeri. Menurut Dr Noor Hisham, kluster berkenaan melibatkan 470 kes COVID-19 daripada 2,541 individu yang disaring.

Satu kes dilaporkan meninggal dunia melibatkan Kluster Jalan Tahir Manan di Selangor dan dua kes di ICU, melibatkan Kluster Simpang Sahari di WP Labuan.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes yang ada kaitan dengan kluster hari raya dijangka bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri.

Sementara itu, sehingga Jumaat 28 Mei 2021, sebanyak 21 lagi kluster baharu dilaporkan, dan butiran kluster baharu sepanjang tempoh Rangkuman seperti berikut:-

22 Mei – 17 kluster (7 kluster tempat kerja, 7 kluster komuniti, 2 kluster keagamaan dan 1 kluster kumpulan berisiko tinggi);

23 Mei – 24 kluster (9 kluster tempat kerja, 8 kluster komuniti, 6 kluster keagamaan dan 1 kluster kumpulan berisiko tinggi);

24 Mei -20 kluster (8 kluster tempat kerja, 6 kluster komuniti, 3 kluster keagamaan, 1 satu kluster pendidikan, 1 kluster import dan 1 kumpulan berisiko tinggi);

25 Mei – 15 kluster (10 kluster tempat kerja, 4 kluster komuniti, 1 kluster keagamaan);

26 Mei – 22 kluster (13 kluster tempat kerja, 6 kluster komuniti, 3 kluster keagamaan);

27 Mei – 20 kluster (7 kluster tempat kerja, 8 kluster komuniti, 3 kluster keagamaan, 1 kluster pendidikan dan 1 kluster pusat tahanan).

28 Mei – 21 kluster (6 kluster tempat kerja, 6 kluster komuniti, 4 kluster keagamaan, 3 kluster pendidikan, 1 kluster kumpulan berisiko tinggi dan 1 kluster pusat tahanan).

Untuk rekod, kluster pusat tahanan yang dilaporkan semalam melibatkan kluster DTI Tanah Merah, Kelantan dan sebanyak 105 kes positif dikesan daripada 372 individu yang disaring.

Antara KTK yang mencatat kes COVID-19 yang besar ketika diumumkan ialah Kluster Industri Pengkalan Balak, di Alor Gajah, Melaka, melibatkan 145 kes positif daripada 641 individu yang disaring.

Secara keseluruhannya sehingga 28 Mei 2021, negara merekod sejumlah 2,123 kluster dan 1,509 daripadanya ditamatkan, sementara 614 kluster masih aktif.

Sementara itu, Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di Facebook peribadinya pada 28 Mei 2021 mengumumkan, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 28 Mei 2021 untuk seluruh negara kekal 1.15 . Negeri mencatat Ro tertinggi ialah Melaka 1.32, Sabah 1.31 dan Negeri Sembilan 1.30.

R-Naught (Ro/Rt) iaitu kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan sepanjang tempoh rangkuman Bernama secara konsistennya berada pada kadar lebih 1.0. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Perincian kes Covid-19 di Malaysia

Berdasarkan perincian KKM untuk 8,290 kes harian baharu COVID-19 yang dilaporkan KKM pada Jumaat 28 Mei 2021, Selangor terus menyumbang kes terbanyak empat angka iaitu 2,052 kes dan 1,553 daripadanya kontak rapat.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, kes harian baharu COVID-19 di Selangor adalah seperti berikut:-

22 Mei (1,647 kes), 23 Mei (2,235 kes), 24 Mei (2,049 kes), 25 Mei (2,642 kes), 26 Mei (2,455 kes), 27 Mei (2,675 kes) dan 28 Mei (2,052 kes).

Sementara itu, negeri yang mencatat kes harian baharu tiga angka – Kelantan 851 kes, WP Kuala Lumpur 830 kes, Johor 762 kes, Sarawak 698 kes, Kedah 544 kes, Negeri Sembilan 520 kes, Pulau Pinang 421 kes, Perak 405 kes, Melaka 380 kes, Sabah 308 kes, Pahang 254 kes dan Terengganu 207 kes.

Kes harian baharu dua angka – WP Putrajaya 44 kes.

Kes harian baharu satu angka – WP Labuan 6 kes dan Perlis 8 kes.

Statistik global Covid-19

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 169,710,788 kes (rangkuman minggu lalu 165,889,188 kes) dengan 3,527,082 kes kematian (minggu lalu 161,929,910 kes kematian). Jumlah pesakit sembuh seramai 151,448,214 kes (minggu lalu 139,775,441 orang).

Sebanyak 216 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Turki, Rusia, United Kingdom, Itali, Jerman dan Argentina.

Pecahan kes COVID-19 dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-
Amerika Syarikat 33,999,680 kes (607,726 kematian);
India 27,555,457 kes (318,895 kematian);
Brazil 16,342,162 kes (456,753 kematian);
Perancis 5,635,629 kes (109,165 kematian);
Turki 5,220,549 kes (46,970 kematian);
Rusia 5,044,459 kes (120,406 kematian);
United Kingdom 4,473,677 kes (127,758 kematian);
Itali 4,205,970 kes (125,793 kematian);
Jerman 3,673,969 kes (88,689 kematian);
Argentina 3,663,215 (76,135 kematian).

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 98 dengan 91,045 kes. Angka kematian kekal 4,636.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina dan Myanmar turut menyertai senarai 92 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 18 – 1,803,361 kes (50,100 kematian);
Filipina di tangga 24 – 1,209,154 kes (20,566 kematian);
Thailand di tangga 83 – 144,976 (954 kematian)
Myanmar di tangga 84 – 143,414 kes (3,216 kematian);
Singapura di tangga 105 – 61,970 kes (32 kes kematian);
Kampuchea di tangga 123 – 28,237 kes (196 kematian);
Vietnam di tangga 165 – 6,396 kes (47 kematian);
Laos di tangga 189 – 1,905 kes (3 kematian);
Brunei di tangga 203 -241 kes (3 kematian).

Ruangan sisi

Latar belakang Covid-19

  • Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
  • Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.
  • Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.
  • WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.
  • Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.
  • Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.
  • WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).
  • Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.
  • Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.
  • Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
  • Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.
  • Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).
  • Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.
  • Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai “501Y.V2”. pada awal Oktober 2020. – BERNAMA
- Advertisement -