Penipuan vaksin: Kerajaan DAP pertaruh kesejahteraan rakyat

- Advertisement -

PAS Pulau Pinang amat kesal dengan pentadbiran tidak beretika Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mendakwa menerima tawaran percuma dua juta dos vaksin, namun tawaran itu disahkan palsu dan merupakan satu penipuan hasil siasatan pihak Menteri Penyelaras program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Kegagalan Kerajaan Pulau Pinang dalam meneliti dan mengesahkan kesahihan tawaran berkaitan, sehingga ditipu, jelas tindakan yang mempertaruhkan kesihatan dan kesejahteraan seluruh rakyat Pulau Pinang yang berdepan ancaman COVID-19 yang semakin menular.

- Advertisement -

Sandiwara pimpinan DAP turut mempolitikkan isu ini dengan menuduh pihak Kerajaan Persekutuan sengaja tidak meluluskan pemberian vaksin yang didakwa didermakan walhal merekalah yang sebenarnya seperti menangguk di air yang keruh dalam cubaan meraih perhatian rakyat.

Lebih menyedihkan apabila mantan Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan istilah ‘kepala otak dia’ dalam sidang media tersebut dan masih tidak mohon maaf setelah memaklumkan beliau akan memohon maaf sekiranya salah.

Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Menteri Penyelaras program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan, YB Khairy Jamaludin Abu Bakar yang bertindak pantas menyelamatkan keadaan dengan menyemak dan mengenalpasti tawaran palsu tersebut.

Kami menuntut Kerajaan Negeri agar menghentikan polemik, sebaliknya bekerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan dalam mengutamakan keselamatan dan kebajikan rakyat Pulau Pinang dalam situasi gelombang ketiga pandemik COVID-19 semakin menggusarkan ini.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

IR AHMAD RAFAEI DATO’ A RASHID
Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 24/5/2021

- Advertisement -