Covid-19: Pemimpin sepatutnya jadi contoh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Setiap pemimpin perlu menjadikan diri mereka contoh ikutan yang baik kepada rakyat tidak kira dalam keadaan dan situasi mana sekalipun.

- Advertisement -
Dr Mohd Fuad Mohd Salleh

Timbalan Pesuruhjaya 3 Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh berkata, tindakan ADUN yang juga Exco kerajaan negeri mengadakan ‘rumah terbuka’ kemudian memberi alasan ‘keliru dengan SOP’ dan memohon maaf adalah suatu yang tidak boleh diterima.

“Sebagai pemimpin negeri yang menjadi peneraju bilangan kes Covid-19, dia sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan aktiviti hariannya,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya, semalam.

Namun, kata beliau ‘kedegilannya’ mengadakan ‘rumah terbuka’ seperti ‘sengaja melanggar undang-undang’” dan kesannya ialah menambah ‘kerja tak perlu’ PDRM yang memang sudah dibebani dengan berbagai tugasan penting menjaga keamanan.

Tambahnya, kegagalan mematuhi SOP membuka ruang untuk menambah bilangan pesakit Covid-19 yang sudah sememangnya tinggi di Selangor.

“Semoga tidak akan ada ‘Kluster Exco Selangor/ selepas ini. Jadilah pemimpin dan rakyat yang bertanggungjawab,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/5/2021

- Advertisement -