Covid-19: Penggunaan katil ICU telah capai 83 peratus

Foto hiasan.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kadar penggunaan katil wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 secara keseluruhannya di seluruh negara telah mencapai 83 peratus, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan anda untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

- Advertisement -

“Lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah. Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada SOP.

“Majikan diseru untuk memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa,” ujarnya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, pagi ini.

Beliau turut memaklumkan situasi semasa daerah-daerah di Malaysia berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 setakat 19 Mei lalu.

Menurutnya, hanya tujuh daerah zon kuning manakala tiada lagi zon hijau di Semenanjung.

Daerah zon kuning ialah Perak Tengah, Sik, Gua Musang, Kemaman, Hulu Terengganu, Cameron Highlands dan Mersing.

“Jaga diri jaga keluarga. Amalkan PKP kendiri atau self lockdown,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/5/2021

- Advertisement -