Sumbangan agensi-agensi agama Persekutuan untuk Palestin

- Advertisement -

GENAP 9 hari serangan Israel ke atas Palestin dan angka mangsa kekejaman dilaporkan terus meningkat:

- Advertisement -

“Abdullah bin Umar R.A berkata: Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Seorang Muslim saudara terhadap sesama Muslim, tidak menganiayai dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Dan siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. 

“Dan siapa yang melapangkan kesusahan seorang Muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari Kiamat, dan siapa yang menutupi aurat seorang Muslim maka Allah akan menutupinya di hari Kiamat.””

(Sahih Al-Bukhari, no. 2442)

Dalam situasi ini, Malaysia akan terus memberi sokongan yang kukuh kepada rakyat Palestin. Insya-Allah, kami akan memastikan agar semua agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama (JPMHEA) digerakkan untuk kutipan sumbangan Palestin.

Pada hari Jumaat 21 Mei dan 28 Mei 2021 nanti, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dijadualkan akan mengedarkan tabung kutipan di masjid-masjid dan surau-surau Jumaat khusus untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa peperangan di Palestin. 

TV Al-Hijrah juga akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai isu Palestin melalui kerjasama yang dijalin bersama pihak Palestine TV yang berpusat di Gaza. Serangan terhadap rakyat Palestin semakin dahsyat. Usaha kita juga perlu terus digiatkan agar Palestin tidak bersendirian menghadapi serangan penjajah. 

YB USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 19/5/2021

- Advertisement -