6,075 kes Covid-19 hari ini, 46 kematian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah 6,075 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

- Advertisement -

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau memaklumkan Selangor masih negeri tertinggi dengan mencatatkan 2,251 kes, diikuti Johor (699) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (660).

Sementara negeri-negeri lain ialah Sabah (160), Sarawak (323), Pulau Pinang (183), Negeri Sembilan (189), Kelantan (441), Perak (220), Kedah (445), Melaka (122), Pahang (150), Terengganu (203), WP Labuan (14), WP Putrajaya (9) dan Perlis (6).

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan kes positif harian hari ini (6,075) adalah tertinggi pernah dilaporkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Menurut KKM, kes positif harian tertinggi sebelum ini direkodkan pada 31 Januari 2021 iaitu sebanyak 5,728 kes positif.

“Duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar,” ujar KKM menerusi laman Facebooknya, hari ini.

KKM juga memaklumkan kes sembuh adalah 3,516 dengan jumlah kes sembuh keseluruhan sebanyak 436,116.

Jumlah kes kematian hari ini adalah 46 menjadikan kematian keseluruhan adalah 2,040 kes.

Kes yang dirawat di ICU ialah 559 sementara yang memerlukan bantuan alat pernafasan adalah 303. – HARAKAHDAILY 19/5/2021

- Advertisement -