Adun sanggup berpanas kutip derma pandu lalu

- Advertisement -

PASIR MAS: Pusat Khidmat Dun (PKD) Tendong berjaya mengumpul RM20,000 hasil kutipan derma daripada orang ramai untuk disumbangkan kepada umat Islam di Palestin.

Derma disumbang pengguna jalan raya yang dibuat secara pandu lalu di hadapan Pasaraya PKT Tendong, laluan Pasir Pekan-Pasir Mas.

Adun Tendong Rozi Muhamad berkata, kutipan berkenaan melebihi jangkaan awal iaitu sebanyak RM10,000.

- Advertisement -

“Bagaimanapun alhamdulillah apa yang diperolehi adalah sebaliknya. Program kutipan berkenaan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir 12 tengah hari.

“Sumbangan berkenaan dijangka meningkat lagi memandangkan ada beberapa pihak membuat aku janji untuk menyalurkan sumbangan masing-masing,” katanya di sini.

Menurutnya juga bagi fasa kedua pihaknya membuka tabung untuk sumbangan #Aid4Palestin yang akan ditempatkan di kaunter Pejabat Pusat Khidmat Dun (PKD) Tendong.

Kata beliau usaha itu bagi memudahkan orang ramai menderma untuk umat Islam Palestin sehingga esok (Khamis).

“Kita akan serahkan kepada pemimpin PAS Pasir Mas sebelum diserah kepada pihak berkaitan yang mengurus Aid4Palestin,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau mengucap terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan program kutipan bermula semalam.

Program kutipan tersebut mendapat kerjasama penghulu, Jabatan Amal, Dewan Muslimat Dun Tendong, Pemuda PAS dan petugas PKD Tendong.

Orang ramai yang ingin menderma juga boleh menyumbang melalui akaun Bank Islam 03027010035671 atas nama Tamadun Tendong (Tabung Amal Dun).

Sebarang sumbangan boleh dimaklumkan kepada Ustaz Fadhil 011 2929 5656 dan Firdaus 013 333 6935. – HARAKAHDAILY 19/5/2021

- Advertisement -