Umat Islam perlu kesabaran optimum depani Covid-19

- Advertisement -

KOTA BHARU: Umat Islam perlu berada pada tahap kesabaran optimum yang memerlukan banyak pengorbanan ketika berdepan dengan penularan wabak Covid-19 sekarang.

Pandemik Covid-19 mengubah kebiasaan kehidupan manusia kepada amalan gaya hidup baharu yang begitu mencabar.

Pengarah Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri (UPKN) Ustaz Ahmad Fathan Mahmood berkata, paling ketara pesta ibadah di Kelantan yang menjadi amalan tradisi di masjid dan surau kini beralih ke rumah masing-masing.

- Advertisement -

Begitu juga katanya pesta balik kampung terbatas dan acara ziarah juga terhad.

“Saya mengesyorkan perantau yang tidak berpeluang pulang beraya bersama keluarga di kampung menghidupkan suasana berhari raya secara kreatif melalui kecanggihan teknologi digital.

“Orang ramai boleh memanfaatkan aplikasi media sosial semasa beraya supaya ukhwah sentiasa erat,” katanya pada program Bicara Khas Bersama YB Kita yang disiarkan Facebook UPKN hari ini.

Program itu dikendalikan Unit Libat Urus Masyarakat (ULUM) dengan dihos Penolong Pengarah Seranta UPKN Ustaz Abdul Malik Abdul Karim. Rancangan edisi ke-14 itu berdurasi hampir 60 minit.

Ahmad Fathan yang juga Adun Chempaka berkata, suasana sekarang sebagai kesinambungan yang berlaku pada Ramadan tahun lepas.

“Jadi ia lebih mendidik kita supaya bersabar dalam erti kata sebenar,” ujarnya.

Menurutnyajuga UPKN mengubah pendekatan program Mesra Aidilfitri yang lazimnya dianjurkan pada 2 Syawal kepada sambutan secara maya dengan memaparkan koleksi ucapan pimpinan dan video pendek bertema Hari Raya melalui platform digital UPKN. – HARAKAHDAILY 11/5/2021

- Advertisement -