MAIK beri pilihan bayar zakat tanpa tunai di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: PayHalal, gerbang pembayaran dalam talian yang patuh syariah, telah dilantik sebagai amil digital untuk kutipan Zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di negeri itu.

Kerjasama itu bersesuaian dengan kempen ‘Kelantan Berzakat’ yang dijalankan MAIK bagi meningkatkan kutipan zakat fitrah dan fidyah secara dalam talian terutamanya dengan pandemik Covid-19 yang sedang berlaku, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Souqa Fintech Sdn Bhd, Dato’ Norasni Ayob.

- Advertisement -

“Pelantikan PayHalal sebagai agen zakat bukan sahaja bagi mewujudkan saluran tanpa tunai yang patuh Shariah, tetapi juga untuk membantu MAIK meningkatkan saluran kutipan bagi tahun 2021,” ujarnya.

Norasni berkata kod QR akan dijana bagi kebanyakan masjid untuk tujuan memudahkan urusan pembayaran zakat.

Tambahnya, Inisiatif sebegini juga akan memudahkan rakyat Kelantan di luar negeri untuk menunaikan tanggungjawab fardhu mereka dengan hanya satu klik.

“Yakinkan diri bahawa anda sudah pun menunaikan salah satu Rukun Islam bila anda membayar zakat dengan PayHalal,” katanya.

Untuk terus membayar zakat melalui MAIK, layari payhalal.my/zakat.payhalal/maik – HARAKAHDAILY 11/5/2021

- Advertisement -