Menu dapur Ustaz Rosli istimewa buat ‘frontliners’

- Advertisement -

KUANTAN: Senario pandemik COVID-19 ketika ini menuntut pelbagai pihak termasuk rakyat dan badan bukan kerajaan saling membantu dalam meringankan beban petugas barisan hadapan yang berperang mengawalnya.

- Advertisement -

ADUN Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abdul Jabar tidak ketinggalan melaksanakan kelazimannya sejak sebelum menjadi wakil lagi di mana akan turun ke dapur terutamanya di dalam bulan Ramadan untuk menyediakan juadah.

Pelbagai menu berbuka puasa disediakan beliau untuk anggota agensi kerajaan yang melaksanakan tugas rutin dan kini diperluaskan kepada petugas barisan hadapan COVID-19 dan penduduk Tanjung Lumpur yang memerlukan.

“Boleh dikatakan program Dapur Rakyat ini menjadi satu aktiviti wajib pihak pejabat DUN Tanjung Lumpur. Kali ini, berikutan adanya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Dapur Rakyat kembali beroperasi,” katanya.

Ustaz Rosli bersama pembantunya dari pejabat ADUN Tanjung Lumpur turun memasak dan mengagihkannya kepada anggota polis dan tentera yang sedang bertugas menjaga dan mengawal keadaan di PKPD Taman Tanah Putih Baru, di sini semalam.

Menu dimasaknya adalah nasi putih, gulai patin tempoyak dan sambal sotong tentunya amat membuka selera sesiapa sahaja menjamah air tangan beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.

“Semoga keprihatinan ini dapat mendekatkan lagi PAS kepada masyarakat dan mereka dapat melihat bahawa PAS ini memang sangat empati dengan masalah semasa rakyat.

“Insya-Allah esok dan seterusnya sehingga penghujung Ramadan, Dapur Rakyat akan terus beroperasi menyediakan juadah berbuka puasa untuk petugas barisan hadapan,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/5/2021

- Advertisement -