TG Abdul Hadi berjaya batal saman pemula

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjaya mengenepikan membatalkan saman pemula difailkan Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian 9 Disember lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir membatalkan saman pemula yang dikemukakan kedua-dua plaintif terbabit.

Mahkamah juga mengarahkan plaintif terbabit membayar kos punitif berjumlah RM100,00 kepada Presiden PAS.

Tuan Guru Abdul Hadi diwakili peguam Yusfarizal Yussoff.

- Advertisement -

Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat (Luham) dalam kenyataan berkata, kos punitif diputuskan mahkamah lantaran tindakan plaintif terang-terangan menyalahgunakan proses mahkamah sivil.

Katanya, mereka cuba mendapatkan sabitan jenayah, kononnya atas alasan public interest litigation.

Plaintif juga cuba mendapatkan deklarasi kononnya Tuan Guru Abdul Hadi telah melakukan tindakan bersifat menghasut terhadap penganut agama Kristian di Malaysia (melalui beberapa artikel dan ucapan).

Dalam kes tersebut hari ini plaintif diwakili Tan Sri Gopal Sri Ram.

Yusfarizal memberitahu hakim membenarkan permohonan anak guamnya itu.

Kedua-dua plaintif dari Sabah itu sebelum ini menyaman Presiden PAS berhubung kenyataan yang diterbitkan dalam Harakah pada 18 Januari 2016.

Mereka memohon pengisytiharan bahawa defendan melakukan tindakan hasutan yang bertentangan dengan Seksyen 3 Akta Hasutan 1948.

Oleh itu plaintif meminta pengisytiharan bahawa defendan tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan termasuk jawatan yang setara menteri.

Mereka disifatkan merujuk ahli parlimen PAS dilantik sebagai utusan khas ke Timur Tengah, jawatan setaraf dengan menteri oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 April 2020. – HARAKAHDAILY 7/5/2021

- Advertisement -