ADUN Panching rai ‘shopping’ raya anak yatim

- Advertisement -

PAYA BESAR: Aidil Fitri yang dijangka hambar berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan situasi semasa pandemik COVID-19 ketika ini sedikit terubat dengan wajah ceria anak-anak yatim menerima baju raya.

- Advertisement -

ADUN Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya berikutan kekangan ketika ini terpaksa meraikan secara terhad hanya kepada 100 anak-anak yatim berbanding tahun-tahun sebelumnya kepada setiap golongan memerlukan.

Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Panching dengan kerjasama Pertubuhan Prihatin Rakyat ini telah menemani anak-anak yatim tersebut membeli-belah baju raya di sebuah pasaraya di Bandar Kuantan, di sini hari ini.

“Pada tahun ini, shopping raya hanya difokuskan untuk anak-anak yatim sahaja, ini kerana kekangan kewangan yang dihadapi akibat COVID-19.

“Namun begitu kita terus cuba menyantuni anak-anak yatim bagi menyambut hari raya yang bakal tiba nanti,” ujarnya selaku juga Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar pada Bantuan Prihatin yang menjadi rutin tahunan itu.

Rata-rata ibu bapa penerima pula menzahirkan rasa syukur tidak terhingga kepada Allah S.W.T dan penghargaan kepada Ustaz Mohd Tarmizi atas ingatan dan keraian yang menggembirakan anak-anak tersebut.

Para penyumbang yang ingin berkongsi keceriaan anak-anak yatim di sini boleh salurkan ke akaun Bank Muamalat 06010004266719 atas nama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Panching dan hubungi 016-2640 448 untuk sebarang pertanyaan. – HARAKAHDAILY 7/5/2021

- Advertisement -