Tentera Israel tembak mati remaja Palestin

KUALA LUMPUR: Seorang remaja Palestin, Said Yusuf Odeh, 16, ditembak mati oleh tentera Israel di kampung Odla, selatan Nablus, wilayah utara Tebing Barat.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan remaja itu ditembak dengan peluru hidup oleh pasukan penjajah Israel, sebelum dia ditangkap kemudian mayat itu diserahkan kepada pasukan perubatan Palestin, lapor Pusat Informasi Palestin.

Advertisement

Seorang pemuda lain cedera akibat tembakan tentera Israel di kawasan Al-Dahr. Mangsa dipindahkan ke Hospital Rafidia untuk mendapatkan rawatan.

Pada Rabu malam, di pintu masuk ke desa Odla terjadi tunjuk perasaan dan pertempuran dengan tentera Israel, yang menyerbu kampung itu dan melepaskan peluru logam dan peluru hidup serta gas pemedih mata ke arah penduduk.

Menurut saksi kejadian, pasukan pencerobih Israel berada di pintu masuk ke kampung itu. Mereka menghalang penduduk bergerak, memaksa mereka menyeberang dengan berjalan kaki.

Di kampung-kampung di selatan Nablus terdapat operasi ketenteraan besar-besaran oleh tentera Israel, yang mengerahkan ratusan tentera untuk mencari pelaku penembakan di pusat pemeriksaan tentera Israel Za’tara yang berlaku Ahad lalu, menyebabkan tiga orang peneroka Yahudi cedera. – HARAKAHDAILY 6/5/2021