MTC kembang potensi agri-komoditi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Turut hadir Pengerusi Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) Mazli Zakuan Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif MTC Muhtar Suhaili dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Ustaz Muhammad Radhi Hamzah.

Turut hadir hari ini atas jemputan khas, Duta Belgium H.E. Mr. Pascal H. Gregoire.

Muhtar berkata, pelbagai perkara dibincangkan pada pertemuan itu untuk mengembangkan potensi agri-komoditi termasuk sawit, getah, kayu-kayan, koko dan kenaf.

- Advertisement -

Katanya ada beberapa projek berkaitan kayu-kayan juga dibentang dan akan dilaksanakan.

Let’s power progress together!,” catatnya pada laman media sosialnya.

MTC merupakan organisasi di bawah naungan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Selain itu mempunyai pejabat serantau di Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah, China dan India.

MTC yang ditubuhkan pada tahun 1992 bertujuan untuk mempromosi dan mengembangkan industri kayu-kayan di Malaysia dan luar negara.

Muktar juga berkata, MTC juga sebagai badan koordinasi bersama persatuan dan pemain industri berkaitan.

“Doakan semoga saya dan pasukan mampu menggalas tugasan ini dengan cemerlang. Semoga tanggungjawab dapat ditunaikan dengan sebaiknya dalam mencari bekal khidmat untuk dibawa sampai ke akhirat,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/5/2021

- Advertisement -