PKP lebih ketat perlu dinilai pelbagai sudut

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebarang keputusan untuk mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat di Kelantan perlu dinilai dan mendapat pandangan pelbagai sudut.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, penelitian dibuat supaya tidak menimbulkan sebarang perkara yang tidak diinginkan berlaku.

Katanya, kes Covid-19 yang berlaku di Kelantan sekarang diangggap begitu tinggi.

“Tetapi pihak-pihak tertentu memikirkan banyak sudut termasuk ekonomi, sosial, kalau kita kata nak total lockdown banyak pihak akan memberi pandangan.

- Advertisement -

“Sebab perkara ini kita perlu dengar pandangan daripada banyak pihak seperti Kementerian Kesihatan, pasukan keselamatan dan sebagainya.

“Jadi kita tunggu keputusan yang bersesuaian yang diberikan kepada kelantan, jadi kita akan terima,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menerima sumbangan RM1 juta dari Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) kepada Amanah Kebajikan Darulnaim bagi memabantu mangsa Covid-19 di Kota Darulnaim hari ini.

Menurutnya juga laporan yang mengatakan Kelantna membuat permohonan untuk melaksanakan lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh kurang tepat.

Sebaliknya apa yang berlaku kerajaan negeri hanya menghantar laporan justifikasi mengenai keadaan semasa Covid-19 di negeri itu.

Kata beliau Jawatankuasa Kerja Keselamatan (Khas) Negeri Kelantan hanya mengangkat justifikasi kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasar laporan Jabatan Kesihatan Negeri situasi cemas yang berlaku.

“Laporan itu adalah untuk Kerajaan Persekutuan dan MKN menimbang dan menilai serta dapat memutuskan sebarang keputusan yang bersesuaian mengikut keadaan yang berlaku di Kelantan.

“Setakat ini kita belum ada apa-apa maklum balas, insya-Allah sebarang keputusan akan dikeluarkan kerajaan pusat setelah berbincang di peringkat jawatan pusat untuk menilai dan memberi arahan kepada negeri-negeri,” ujarnya.

Kata beliau juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya negeri-negeri hendaklah bersama dan tidak membuat keputusan berlainan dengan pihak persekutuan.

“Jadi kita tunggu sahajalah. Saya menasihati semua anggota masyarakat terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di samping bermunajat memohon agar rantaian Covid-19 dapat diputuskan,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 5/5/2021

- Advertisement -