Bazar Ramadan di lokasi PKP dikena SOP ketat

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

ALOR SETAR: Bazar Ramadan dan Aidilfitri di lima daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan beroperasi dengan syarat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kebenaran itu termasuk pasaraya dan premis perniagaan lain di lima daerah terbabit.

- Advertisement -

“Walau bagaimanapun lain-lain hal berkaitan langkah-langkah menghadapi peningkatan kes Covid-19 akan dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini Menteri Besar berharap Bazar Ramadan dan Aidilfitri di daerah PKP diberi sedikit kelonggaran beroperasi dengan SOP yang ketat memandangkan bebanan terpaksa ditanggung peniaga sekiranya diarah tutup.

Bagaimanapun kata beliau tiga Bazar Ramadan berisiko tinggi di Taman Selasih, Kupang dan Baling ditangguh operasi tiga hari untuk tujuan sanitasi dan pembersihan.

Pada 30 April lepas Ismail Sabri mengumumkan lima daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baru dikenakan PKP bermula 1 hingga 14 Mei berikutan kes positif Covid-19 naik mendadak.

Tindakan itu menimbulkan keresahan sebahagian besar peniaga terutama Bazar Ramadan dan Aidilfitri.

Menteri Besar turut menasihati orang ramai mematuhi peraturan dan SOP yang ditetap dan mengamalkan normal baharu supaya rantaian Covid-19 ini dapat diputuskan. – HARAKAHDAILY 4/5/2021

- Advertisement -