Kebajikan Muslimat semarak kasih kepada asnaf

- Advertisement -

ROMPIN: Semarak Kasih Ramadan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Muslimat PAS Malaysia telah menyantuni 50 keluarga asnaf di Kampung Rekoh dalam DUN Bukit Ibam, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program dengan kerjasama LKK Muslimat PAS Negeri Pahang dan LKK Muslimat PAS Kawasan Rompin ini dipimpin Pengerusi LKK Muslimat PAS Malaysia, Dr Uyun Abd Malik bersama anggota rombongan lain.

Turut bersama pimpinan Muslimat PAS Pahang iaitu Ketua, Ustazah Salamiah Mohd Nor dan Pengerusi LKK, Dalmah Ismail serta Ketua Muslimat PAS Rompin, Yusmariza yusof dan Ahli-ahli Jawatankuasanya.

Sumbangan yang diberikan berupa barang makanan asas dan duit raya untuk meringankan sedikit bebanan golongan asnaf yang miskin dan ibu tunggal dalam membuat persiapan menyambut Aidil Fitri bakal tiba.

“Selain dapat membantu golongan asnaf ini, ianya juga dapat mendekatkan PAS dengan masyarakat dan sebagai tanda empatinya PAS terhadap masalah semasa masyarakat,” ujar Dr Uyun.

Sementara itu Ustazah Salamiah yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia mengharapkan agar program-progran begini terus di semarakkan dalam meningkatkan lagi imej PAS di mata masyarakat.

Katanya, PAS dilihat sebagai parti yang sangat prihatin menangani masalah masyarakat dan dapat mendekatkan lagi PAS kepada masyarakat dengan usaha dilaksanakan seperti program tersebut. – HARAKAHDAILY 3/5/2021

- Advertisement -