Singgah Sahur balas budi bakti anggota keselamatan

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Pusat Khidmat DUN Beserah dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota telah mengadakan aktiviti tahunan iaitu Singgah Sahur ke agensi-agensi kerajaan sekitar Parlimen ini, kelmarin.

- Advertisement -

Secara khusus, program ini menyediakan bekalan makanan juadah sahur terutama untuk anggota pasukan keselamatan negara yang sedang berdedikasi melaksanakan tugas mereka demi kedaulatan tanah air.

ADUN Beserah, Andansura Rabu yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang berkata, aktiviti ini menjadi tanda penghargaan dan terima kasih rakyat kepada mereka atas tanggungjawab disempurnakan.

Prihatin dan kagumi beliau, para petugas barisan hadapan ini melaksanakan amanah terpundak di bahu mereka terpisah dari keluarga dalam keadaan orang lain pula bergembira dengan keluarga mereka.

“Ianya juga dapat memberikan suntikan semangat kepada anggota-anggota yang bekerja pada waktu malam di bulan Ramadan di samping dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka dengan makan sahur tersebut,” ujarnya lagi.

Andansura turut memaklumkan, program ini adalah untuk memberitahu kepada anggota keselamatan bahawa rakyat terhutang budi  kepada mereka, maka atas rasa tujuan tersebut, program ini diadakan  setiap tahun.

Sebanyak 300 pek makanan telah disediakan untuk Markas Wilayah Laut Satu (MAWILA) di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) serta Balai Polis dan Balai Bomba yang berhampiran di sekitar DUN Beserah.

“Alhamdulillah kita disertai oleh tenaga-tenaga muda hampir 20 orang bersama dengan kita bagi menjayakan program ini sekitar pukul 12 tengah malam hingga pukul 2 pagi,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/5/2021

- Advertisement -